disebalik tabir .....

merupakan salah satu projek untuk pelajar semester satu bagi kursus perakaunan di Politeknik Hulu Terengganu. Ahli kumpulan kami terdiri daripada lima orang iaitu Nur Anis Izzati , Nursyahirah , Hasmira , Nur Nayli Ardini dan Nur Atiqah Syuhada ( seperti yang tertera dibahagian kanan atas blog. )

Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Perjalanan Hidup " Wira Dermawan Asia "

Kerjaya perniagaan runcit

Beliau membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Seterusnya menjual roti canai di pasar Jalan Telok Wan Jah.Beliau membantu bapanya menternak lembu dan kerbau tetapi berhadapan dengan masalah wabak kaki dan mulut yang merebak ke seluruh selatan Thailand, Kedah dan Perlis . Semua ternak petani mati begitu sahaja. Sejak itu beliau meninggalkan bidang ternakan dan memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun, selepas mengambil peperiksaan SPM . Beliau membeli daging lembu yang tidak terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran sekitar Alor Setar.

Biodata Ringkas Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.